Manfaat perniagaan Internet


Manfaat perniagaan Internet termasuk:
  • Murah untuk dimulakan
  • Cepat untuk melihat hasilnya
  • Boleh mencapai sasaran pasaran yang amat besar
  • Mudah untuk dikendalikan, walaupun dari rumah
  • Fleksibel untuk dijalankan di mana sahaja dan pada bila masa
  • ...dan banyak lagi!

Facebook #1 dan Google #2


Di Malaysia, laman web Facebook adalah laman yang paling popular dilawati manakala Google pula adalah nombor dua. 

Angka ini adalah amat penting dalam menentukan strategi perniagaan di Internet, iaitu, perlu menggunakan media Facebook dan juga Google untuk mendapat lebih ramai pelanggan.

Sekiranya anda memiliki perniagaan, strategi pemasaran Facebook dan Google adalah amat penting untuk mendapat pasaran yang paling ramai.

Pengguna Internet Malaysia melihat laman sosial sebanyak 14 bilion kali setiap bulan


Jika dilihat syarikat-syarikat besar seperti Starbucks, Air Asia, Mc Donalds, Body Shop dan banyak lagi menggunakan 3 media sosial terbesar seperti Facebook, Twitter dan Youtube, apatah lagi perniagaan kecil dan sederhana juga perlu menggunakan media sosial yang percuma ini.

Dalam perniagaan Internet, lebih banyak strategi media sosial yang digunakan, maka, lebih tinggi peluang anda mendapat pasaran yang lebih besar berbanding dengan pesaing anda. 

Jangan hanya menggunakan satu medium di Internet, tetapi, gunakan pelbagai medium untuk mendapat keuntungan yang berganda.

7 juta pengguna telefon pintar dan Internet mudah alih di Malaysia


Terdapat 7 juta pengguna telefon pintar (smartphone) dan 7.7 pengguna Internet mudah alih di Malaysia (broadband).

Angka ini menunjukkan Internet memainkan peranan yang amat penting dalam gaya hidup.

Dengan mempunyai kehadiran di Internet, perniagaan anda boleh diakses oleh ramai pelawat tidak kira di mana sahaja.

Ini menjadikan perniagaan anda lebih mudah dicapai oleh prospek dan bakal pelanggan menjadikan perniagaan anda mesra era baru!

Pelawat klik ke web produk usahawan, anda akan dibayar


Platform ini membolehkan anda mendapat komisyen sama-ada per sales atau per click. Anda boleh pilih seberapa banyak program affiliate yang diinginkan.

Get Tools dan anda boleh gunakan untuk melakukan promosi.

Pembayaran Komisyen

Pembayaran yang sudah disahkan akan dibayar setelah komisyen melebihi RM100 menggunakan cek. Bermaksud, sekiranya komisyen anda pada bulan tersebut melebihi RM100, anda akan mendapat pembayaran pada 15hb bulan berikutnya.

Contoh: Komisyen bulan April = RM 126, Cek akan dihantar sebelum 15hb Mei 2014



Pengguna Internet Malaysia meluangkan 20 jam seminggu di Internet


Dewasa ini lebih banyak meluangkan masa di Internet berbanding dengan TV. Zaman telah berubah, maka cara promosi perniagaan juga perlu berubah.

Komunikasi memainkan peranan yang penting dalam perniagaan, sekiranya dulu telah lalui era pertanian dan era perindustrian, kini kita di dalam era informasi dan komunikasi. 

Oleh kerana ramai yang meluangkan masa yang lama di Internet setiap hari, maka, ianya lebih penting kini berbanding dengan dulu untuk anda ketahui kaedah komunikasi perniagaan anda menggunakan Internet.

62% penduduk Malaysia menggunakan Internet


62% penduduk Malaysia kini menggunakan Internet. Kebanyakkan pengguna Internet tertumpu di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur (majoriti), Johor Bahru, Pulau Pinang, Kuantan, Ipoh, Kota Kinabalu dan lain lain. 

Ini bermakna, dengan mempunyai perniagaan di Internet, pelanggan anda bukan sahaja yang berdekatan dengan lokasi anda, tetapi, di serata Malaysia. 

Dengan pengiklanan Internet yang efektif, anda dapat mencapai lebih ramai pelanggan yang tidak mungkin tercapai melalui kaedah perniagaan bersemuka.

Jika dibandingkan dengan kos pengiklanan, radio dan percetakan, kos pengiklanan di Internet adalah jauh lebih murah dan boleh mencapai sasaran anda yang paling tepat.
 
DMCA.com Protection Status